Skip to main content

Singapura

S'pura-M'sia sahkan kerjasama kukuh dalam infokom dan media

 Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Gobind Singh Deo, akan menghadiri "Muzika Ekstravaganza", penerbitan bersama Mediacorp dan Radio Television Malaysia (RTM) malam ini (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Nov 2019 04:08PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 09:27PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Gobind Singh Deo, akan menghadiri "Muzika Ekstravaganza", penerbitan bersama Mediacorp dan Radio Television Malaysia (RTM) malam ini (1 Nov).

Singapura menjadi hos rancangan itu tahun ini.

Muzika yang diadakan setiap tahun, menggariskan hubungan rapat dan kerjasama yang erat antara Singapura dan Malaysia dalam bidang infokom dan media.

Semalam, para pegawai dari Singapura dan Malaysia mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama (JCM) yang ketiga mengenai kerjasama dalam bidang penerangan dan perhubungan.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk infokom, keselamatan siber, transfomasi digital dan pertukaran profesional. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita