Skip to main content

Singapura

S'pura, M'sia perkukuh hubungan pertahanan

Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen dan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Liew Chin Tong mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Oct 2018 06:17PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 10:31PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen dan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Liew Chin Tong mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala antara kedua-dua negara.

Encik Liew bertemu dengan Dr Ng pagi tadi (3 Okt). Kedua-dua menteri saling bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama pertahanan berbilang hala dan dua hala antara Singapura dengan Malaysia.

Mereka juga membincangkan tentang kemajuan geopolitik dan keselamatan yang wujud di rantau ini, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya.

Encik Liew kemudian diraikan dalam jamuan tengah hari oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How.

Related article image

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How (kanan) dan Setiausaha Pertahanan Chan Yeng Kit (kiri) bersama Encik Liew. (Gambar: MINDEF)

Encik Liew, yang berada di negara ini bagi satu rangka lawatan dua hari, juga berkunjung ke SAFRA Punggol pagi tadi (3 Okt). Esok (4 Okt), beliau akan menyampaikan ucaptama di Simposium Antipengganasan Asia Tenggara 2018, yang dianjurkan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).

Lawatan Encik Liew mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang "muhibah dan sudah lama terjalin" antara Singapura dengan Malaysia, menurut MINDEF.

Ia menarik perhatian bahawa angkatan tentera kedua-dua negara sering berinteraksi melalui pelbagai kegiatan dua hala, termasuk latihan, lawatan dan program pertukaran.

"Mereka juga bekerjasama secara meluas melalui platform berbilang hala, termasuk Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, serta Rondaan Selat Melaka," menurut MINDEF.

"Interaksi ini mengukuhkan lagi pemahaman dan ikatan profesional antara kakitangan angkatan tentera kedua-dua negara." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita