Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia meterai MOU bagi kerjasama dalam sektor daya tenaga

Singapura dan Malaysia akan meluaskan lagi kerjasama rentas sempadan dalam sektor daya tenaga. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia meterai MOU bagi kerjasama dalam sektor daya tenaga

Gambar fail latar langit Singapura. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 05:42PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 05:48PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia akan meluaskan lagi kerjasama rentas sempadan dalam sektor daya tenaga.

Ia menyusuli satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara pihak berkuasa daya tenaga dari kedua-dua negara.

Di bawah MOU itu Penguasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia akan bekerjasama dengan lebih rapat.

Ini meliputi pelbagai bidang seperti cabaran-cabaran teknikal berkaitan dengan gas dan sistem-sistem tenaga elektrik serta peraturan mengenai pasaran-pasaran tenaga elektrik.

Kerjasama dalam mesyuarat berbilang pihak juga akan dipertingkatkan.

Sebagai langkah pertama, satu sesi dialog secara maya antara kedua-dua pihak itu akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

Ia akan memberi tumpuan kepada kesan COVID-19 terhadap sektor daya tenaga di Singapura dan Malaysia.

Sementara itu, Singapura dan Hong Kong sudah memeterai MOU yang memberi tumpuan kepada ketahanan dan keselamatan daya tenaga.

MOU itu akan menyediakan rangka kerja dalam tiga bidang.

Salah satunya adalah mengenai sistem tenaga elektrik dan gas serta pasarannya.

Kedua-dua pihak juga akan berkongsi pengetahuan mengenai daya tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi-teknologi karbon rendah.

Selain itu, Singapura dan Hong Kong akan bekerjasama dalam forum-forum berbilang pihak.

Latihan dan program penukaran turut akan dianjurkan oleh kedua-dua pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan