Skip to main content

Singapura

S'pura, M'sia akan tanda tangan perjanjian tangguhkan HSR hari ini

 Singapura dan Malaysia akan menandatangani perjanjian untuk menangguhkan projek Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Majlis tersebut akan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, Kuala Lampur pada 2.00 petang hari ini (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia akan tanda tangan perjanjian tangguhkan HSR hari ini

Peta penjajaran laluan kereta api laju KL-S'pura.

Diterbitkan : 05 Sep 2018 12:27PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 12:31PM

PUTRAJAYA: Singapura dan Malaysia akan menandatangani perjanjian untuk menangguhkan projek Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Majlis tersebut akan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, Kuala Lampur pada 2.00 petang hari ini (5 Sep).

Ia akan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali pada Isnin (3 Sep) berkata kedua-dua negara sudah bersetuju untuk menangguhkan projek tersebut selama dua tahun.

"Kami sudah bersetuju untuk menangguhkannya buat tempoh yang munasabah," kata Encik Azmin ketika ditanya para wartawan tentang seberapa lama projek itu akan ditangguhkan, seperti dilaporkan Reuters.

Beliau bagaimanapun menekankan Malaysia kekal komited kepada projek tersebut, sambil menambah bahawa kosnya perlu lebih sesuai dengan kemampuan negara itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita