Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura laporkan 29 kes baru COVID-19, kesemuanya import

Singapura melaporkan 29 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (31 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura laporkan 29 kes baru COVID-19, kesemuanya import

Kakitangan Lapangan Terbang Changi memakai PPE. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 31 Jan 2021 04:07PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 04:08PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 29 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (31 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemuanya adalah kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.

Singapura melaporkan tiga kes jangkitan dalam masyarakat pada Sabtu (30 Jan) setelah tujuh hari berturut-turut tidak melaporkan sebarang kes jangkitan tempatan.

PENGGANTUNGAN BEBERAPA ATURAN LALUAN HIJAU TIMBAL BALIK

Singapura sudahpun mengumumkan bahawa ia akan menggantung aturan laluan hijau timbal balik (RGL) bersama Jerman, Malaysia dan Korea Selatan selama tiga bulan bermula Isnin (1 Feb), disebabkan oleh "kenaikan kes COVID-19 di seluruh dunia".

Sementara itu, para pengunjung yang sudah diluluskan untuk masuk ke Singapura di bawah RGL boleh berbuat demikian, menurut Kementerian Ehwal Luar.

RGL akan disemak selepas tempoh penggantungan.

Singapura masih mempunyai skim RGL bersama Brunei dan bandar-bandar terpilih di tanah besar China iaitu Chongqing, Guangdong, Jiangsu, Shanghai, Tianjin dan Zhejiang.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan