Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor purata 9 kes jenayah kongsi gelap setiap bulan pada separuh pertama 2021

Singapura melaporkan purata sembilan kes jenayah kongsi gelap setiap bulan dalam separuh pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor purata 9 kes jenayah kongsi gelap setiap bulan pada separuh pertama 2021

Petikan video yang tular di media sosial, di mana cogan kata kongsi gelap kedengaran semasa upacara persemadian di Havelock Road. (Gambar: Facebook/SG Chinese Community)

Diterbitkan : 05 Sep 2021 06:01PM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 06:03PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan purata sembilan kes jenayah kongsi gelap setiap bulan dalam separuh pertama tahun ini.

Jumlah itu hampir sama dengan lima tahun yang lalu atau purata 112 kes setahun.

Ini meskipun terdapat beberapa insiden penangkapan ahli kongsi gelap kebelakangan ini kerana melaung-laungkan cogan kata kumpulan samseng dan kelakukan tidak senonoh.

Antara usaha pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan kongsi gelap adalah program pemulihan 'Streetwise'.

Inisiatif selama enam bulan bersifat sukarela itu termasuk perintah berkurung.

Ia juga bertindak sebagai wadah untuk mereka mendapatkan bantuan dan sokongan kaunseling.

Terdapat juga program lain bagi mencegah belia daripada terlibat dalam jenayah menerusi kegiatan menyeronokkan dan produktif.

Seorang pegawai pemulihan berkata usaha tersebut boleh membawa perubahan besar kepada mereka yang terjebak.

Sekitar 140 ceramah antikongsi gelap diadakan oleh pihak polis sepanjang lima tahun lalu menjangkau lebih 8,000 orang.

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan