Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 682 kes baru COVID-19, 5 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 682 kes baru COVID-19 di Singapura dan lima kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Khamis (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 682 kes baru COVID-19, 5 kematian

Para pejalan kaki menyeberangi jalan raya di Orchard Rd, Singapura, pada 4 Sep 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 11:07PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 10:22PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 682 kes baru COVID-19 di Singapura dan lima kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Khamis (9 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 9 Dis: 682 berbanding 709 pada Rabu

Kes baru dalam masyarakat: 649
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 16
Kes import: 17

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 271,979

KEMATIAN

Kes kematian pada 9 Dis: 5 berbanding 3 pada Rabu
Jumlah kematian sejauh ini: 779

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.58, jatuh daripada 0.61 pada Rabu (8 Dis).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 Nov berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 666 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 111
Dipantau rapi di ICU: 11
Sakit tenat di ICU: 40
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 50.0 peratus, berbanding 49.8 peratus pada Rabu

Seramai 1,474 pesakit dibenarkan pulang, dengan 286 adalah warga emas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Sehingga Rabu, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 29 peratus 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa