Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 60 kes baru COVID-19, termasuk 56 jangkitan tempatan

Sebanyak 56 kes tempatan COVID-19 dilaporkan hari ini (14 Jul), menurut kemas kini harian oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 60 kes baru COVID-19, termasuk 56 jangkitan tempatan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 05:23PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 05:24PM

SINGAPURA: Sebanyak 56 kes tempatan COVID-19 dilaporkan hari ini (14 Jul), menurut kemas kini harian oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

41 kes tergolong dalam kelompok jangkitan KTV.

Daripada 56 kes itu, 17 berhubung kait kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin. Lagi 33 pula dikaitkan dengan sebelumnya dan dikesan menerusi pemantauan. Enam kes tidak mempunyai sebarang hubung kait pada masa ini.

Selain itu, empat kes import turut dilaporkan di mana kesemuanya dikesan sebaik tiba di Singapura.

Secara keseluruhan, 60 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini.

Butiran lanjut mengenai keadaan koronavirus di Singapura akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita