Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 58 kes baru COVID-19, tertinggi dalam tempoh 4 bulan

58 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (30 Jan), sekali gus menjadikannya jumlah kes terbanyak di negara ini dalam tempoh lebih empat bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 58 kes baru COVID-19, tertinggi dalam tempoh 4 bulan

Gambar Hiasan. Orang ramai di Chinatown, Singapura pada 5 Jan 2021 di tengah COVID-19 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 30 Jan 2021 04:28PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 04:31PM

SINGAPURA: 58 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (30 Jan), sekali gus menjadikannya jumlah kes terbanyak di negara ini dalam tempoh lebih empat bulan.

Dalam kemas kini awal hariannya, Kementerian Kesihatan menyatakan tiga adalah jangkitan dalam masyarakat sementara baki 55 adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Bilangan 58 kes itu adalah jumlah jangkitan tertinggi di Singapura sejak 11 Sep tahun lalu, apabila 86 kes dilaporkan.

Dalam kalangan kes-kes yang diimport termasuk empat warga Singapura atau penduduk tetap dan 32 pembantu rumah asing. Tiada jangkitan baru dikesan di dormitori pekerja asing.

Perincian kes-kes baru akan dikeluarkan pada Sabtu malam, tambah MOH.

Sementara itu berkuat kuasa Isnin (1 Feb), Singapura akan menggantung aturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan Malaysia, Jerman dan Korea Selatan untuk tiga bulan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan:

"Oleh kerana kes COVID-19 meningkat semula di seluruh dunia, Pemerintah Singapura akan menggantung aturan Laluan Hijau Timbal Balik dengan Jerman, Malaysia dan Korea Selatan, bagi tempoh tiga bulan bermula dari Isnin, 1 Februari 2021, 12.01 tengah malam.

"Pemerintah Singapura akan mengkaji semula aturan Laluan Hijau Timbal Balik di akhir tempoh penggantungan. Para pelawat yang sudah diberi kelulusan untuk memasuki Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik boleh terus berbuat demikian," tambah kenyataan itu.

Sehingga Sabtu, Singapura melaporkan 59,507 kes COVID-19 kesemuanya, dengan 29 terkorban.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan