Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 454 kes baru COVID-19, lagi 4 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 454 kes baru COVID-19 di Singapura dan empat kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 454 kes baru COVID-19, lagi 4 kematian

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 10:25PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 10:26PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 454 kes baru COVID-19 di Singapura dan empat kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (10 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 10 Dis: 454 berbanding 682 pada Khamis

Kes baru dalam masyarakat: 436
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 4
Kes import: 14

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 272,433

KEMATIAN

Kes kematian pada 10 Dis: 4 berbanding 5 pada Rabu
Jumlah kematian sejauh ini: 783

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.56, jatuh daripada 0.58 pada Khamis (9 Dis).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 Nov berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 637 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 120
Dipantau rapi di ICU: 4
Sakit tenat di ICU: 40
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 50.7 peratus, berbanding 50.0 peratus pada Khamis

Seramai 1,017 pesakit dibenarkan pulang.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Sehingga Khamis, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 30 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa