Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 30 kes baru COVID-19, termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat

Singapura melaporkan 30 kes baru COVID-19 pada Jumaat (1 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 30 kes baru COVID-19, termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 06:03PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 06:09PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 30 kes baru COVID-19 pada Jumaat (1 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat tiga kes dalam masyarakat termasuk satu kes melibatkan seorang anggota keluarga seorang malim pelabuhan PSA Marine.

Satu kes lagi adalah kontak rapat juruukur marin di Lloyd's Register Singapore dan seorang pelajar Sekolah Perempuan Raffles berusia 14 tahun, yang merupakan antara kes-kes yang disahkan pada 30 Dis dan 31 Dis.

27 kes lain adalah kes import dan kesemua mereka dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Lima kes adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap, manakala 14 adalah pembantu rumah asing.

Perincian kes-kes baru itu akan dikeluarkan malam ini, menurut MOH.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan