Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 24 kes baru COVID-19, kesemuanya kes import

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (29 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 24 kes baru COVID-19, kesemuanya kes import

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 29 Jan 2021 05:35PM Dikemas Kini : 29 Jan 2021 05:37PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (29 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemuanya adalah kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.

Ini merupakan hari ketujuh berturut-turut tiada kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di sini.

MOH pada Khamis (28 Jan) mengumumkan satu skim baru untuk menyediakan bantuan kewangan sekiranya terdapat kesan sampingan serius yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 yang diberikan di Singapura.

Rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang layak untuk skim itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita