Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 23 kes baru COVID-19, termasuk 5 jangkitan tempatan

Sebanyak 23 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (24 Apr), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 23 kes baru COVID-19, termasuk 5 jangkitan tempatan

Gambar fail pejalan kaki di Singapura. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 24 Apr 2021 05:12PM Dikemas Kini : 24 Apr 2021 05:14PM

SINGAPURA: Sebanyak 23 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (24 Apr), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kalangan kes-kes hari ini, lima merupakan jangkitan dalam masyarakat yang dikenakan kuarantin sebelum ini. Empat daripada mereka merupakan kontak rapat kepada Kes 621131.

Tiada kes jangkitan dilaporkan di dormitori.

Lagi 18 adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini.

Butiran lanjut berhubung kes-kes hari ini akan didedah MOH malam ini nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan