S'pura lapor 23 kes baru COVID-19, termasuk 3 jangkitan tempatan
Sebanyak 23 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (28 Apr), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).
Pengunjung berjalan keluar daripada dewan ketibaan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Sebanyak 23 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (28 Apr), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam kalangan kes-kes yang dilaporkan hari ini, tiga adalah kes jangkitan dalam masyarakat setempat.
Tiada jangkitan dilaporkan di dormitori.
Lagi 20 adalah kes-kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.
Butiran lanjut berhubung kes-kes pada hari ini akan diumumkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.