Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 2,069 kes baru COVID-19, 18 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,069 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (16 Nov), dengan lagi 18 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,069 kes baru COVID-19, 18 kematian

Para pejalan kaki menyeberangi jalan raya di Orchard Rd, Singapura, pada 4 Sep 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 11:09PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 10:48PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,069 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (16 Nov), dengan lagi 18 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 16 Nov: 2,069, sama dengan jumlah kes pada Isnin.

Kes baru dalam masyarakat: 2,021
Kes import: 5
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 43

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 241,341

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Nov: 18
Usia: 67 - 95 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 612

Kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.88, lebih rendah berbanding 0.94 yang dicatatkan pada Isnin.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,501 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 234
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 54
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 68
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 63.3 peratus

Seramai 2,361 pesakit dibenarkan pulang dengan 363 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 21 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

Antaranya termasuk Tajaka Iman (Woodgrove) yang melaporkan 4 kes baru, menjadikannya 32 kes secara keseluruhan.

Dalam kalangan 32 kes itu, enam melibatkan kakitangan, 21 adalah murid dan lima merupakan kontak serumah kepada kes.

(Gambar: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan