S'pura lapor 18 kes baru COVID-19 termasuk 13 jangkitan tempatan
Singapura melaporkan 18 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Sabtu (5 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
(Gambar: Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Singapura melaporkan 18 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Sabtu (5 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Kes-kes baru itu termasuk 13 jangkitan tempatan yang kesemuanya terkait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin.
Berdasarkan siasatan setakat ini, kesemua kes tempatan adalah jangkitan dalam masyarakat dan tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.
Turut dilaporkan adalah lima kes import, termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap negara ini.
Kesemua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus selepas mereka tiba di Singapura.
Perincian kes-kes baru itu akan didedahkan pada malam ini, tambah MOH.
Setakat sehingga Sabtu, Singapura mencatatkan 62,176 kes jangkitan COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.