Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 12 kes import COVID-19, kenaikan tertinggi dalam lebih seminggu

Singapura melaporkan 12 kes import terbaru COVID-19 setakat tengah hari ini (22 Nov), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 12 kes import COVID-19, kenaikan tertinggi dalam lebih seminggu

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Nov 2020 05:00PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 05:05PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 12 kes import terbaru COVID-19 setakat tengah hari ini (22 Nov), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemua kes dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik tiba di Singapura, menurut MOH. Ini adalah kenaikan tertinggi dalam jumlah jangkitan sejak 13 Nov, apabila 12 kes import dilaporkan.

Namun demikian tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan buat hari ke-12 berturut-turut.

Butiran lanjut mengenai kes pada hari ini akan diumumkan pada sebelah malam nanti, demikian menurut MOH.

PENANGGUHAN PERJALANAN UDARA ATURAN KHAS SG-HK

Perjalanan Udara Aturan Khas Singapura-Hong Kong atau "Air Travel Bubble" (ATB) yang sepatutnya bermula hari ini juga ditangguhkan selama dua minggu susuli lonjakan dalam jumlah kes COVID-19 di Hong Kong.

Di bawah aturan khas itu, orang ramai dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua bandar tanpa perlu menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah namun mereka mesti menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sebaik tiba di kedua-dua bandar itu. Tiada sekatan dikenakan bagi tujuan perjalanan.

Hong Kong melaporkan 43 kes baru COVID-19 pada Sabtu, iaitu jumlah jangkitan yang tertinggi dalam masa hampir tiga bulan. 36 kes adalah jangkitan tempatan.

Satu tarikh pelancaran yang baru bagi ATB akan diumumkan dalam masa dua minggu akan datang, kata Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa