Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,461 kes baru COVID-19; lagi 5 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,461 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Isnin (22 Nov), dengan lagi lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,461 kes baru COVID-19; lagi 5 kematian

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 11:09PM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 11:11PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,461 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Isnin (22 Nov), dengan lagi lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 22 Nov: 1,461, iaitu terendah sejak 27 September.

Kes baru dalam masyarakat: 1,415
Kes import: 6
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 40

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 253,649

KEMATIAN

Kes kematian pada 22 Nov: 5
Usia: 61 - 105 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 667

Kesemua yang meninggal dunia, kecuali satu kes belum divaksin mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.79.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak sembilan hari berturut-turut berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,421 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 204
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 30
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 62
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 53.5 peratus

Seramai 2,127 pesakit dibenarkan pulang dengan 321 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 23 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan