Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 1,239 kes baru COVID-19, lagi 8 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,239 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi lapan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Selasa (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,239 kes baru COVID-19, lagi 8 kematian

Para pejalan kaki menyeberangi jalan raya di Orchard Rd, Singapura, pada 4 Sep 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 30 Nov 2021 11:50PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 11:53PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,239 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi lapan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Selasa (30 Nov).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 30 Nov: 1,239, naik daripada 1,103 jangkitan yang dilaporkan pada Isnin.

Kes baru dalam masyarakat: 1,193
Kes import: 22
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 24

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 264,725

KEMATIAN

Kes kematian pada 30 Nov: 8
Usia: 47 - 87 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 718

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.66, merosot berbanding 0.69 pada Isnin (29 Nov).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 18 hari berturut-turut berada di bawah satu. Kadar di bawah 1 bermakna jumlah baru mingguan sedang merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,113 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 216
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 13
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 65
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 58.5 peratus

Seramai 1,399 pesakit dibenarkan pulang dengan 276 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 86 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 26 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau rapi satu kelompok besar seperti dalam senarai di bawah ini.

Related article image

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita