S'pura lancarkan kios CPR pertama di Asia
Singapura kini mempunyai kios pertama di Asia yang membolehkan orang ramai mempelajari sendiri teknik melakukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR).
SINGAPURA: Singapura kini mempunyai kios pertama di Asia yang membolehkan orang ramai mempelajari sendiri teknik melakukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR).
Ia dilancarkan secara rasmi hari ini (29 Sep) di Atrium Hab HDB Toa Payoh.
Kios tersebut dibuka kepada orang ramai yang ingin melengkapkan diri dengan kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa itu.
Lapan kios seumpamanya sudah dibuka dengan 13 lagi bakal dibuka di merata negara menjelang Ogos tahun depan.
Ia akan ditempatkan di lokasi-lokasi seperti pusat beli-belah, panggung wayang, hospital dan juga sekolah.
"Dengan mempelajari CPR, ia dapat memastikan orang di sekeliling kita mempunyai keupayaan dan pemahaman untuk menyelamatkan nyawa kerana ia dapat dielakkan," menurut Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.