Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lancar institut pertama khusus bagi kajian dan pengembangan bakat pembiayaan hijau

Institut pertama Singapura yang dikhususkan untuk kajian dan pengembangan bakat dalam pembiayaan hijau dilancarkan pada Selasa (13 Okt) oleh Sekolah Perniagaan Kolej Imperial serta Sekolah Perniagaan Lee Kong Chian di Universiti Pengurusan Singapura (SMU). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lancar institut pertama khusus bagi kajian dan pengembangan bakat pembiayaan hijau

படம்: Latar langit kawasan CBD Singapura (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 13 Oct 2020 12:23PM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 12:26PM

SINGAPURA: Institut pertama Singapura yang dikhususkan untuk kajian dan pengembangan bakat dalam pembiayaan hijau dilancarkan pada Selasa (13 Okt) oleh Sekolah Perniagaan Kolej Imperial serta Sekolah Perniagaan Lee Kong Chian di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Institut itu disokong oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan pelancarannya diumumkan oleh Pengarah Urusan bank pusat tersebut, Ravi Menon, dalam ucaptamanya di sidang Melabur bagi Kebaikan Asia oleh Financial Times.

"MAS komited untuk membangunkan sebuah ekosistem kajian dan bakat pembiayaan hijau yang bertenaga di Singapura," kata Encik Menon.

"Pusat Pembiayaan Hijau Singapura akan menjadi sebahagian penting daripada ekosistem ini."

Pusat pembiayaan itu akan memanfaatkan kekuatan Kolej Imperial dan SMU dalam sains iklim, ekonomi kewangan dan pelaburan mampan, menurut MAS dalam satu kenyataan bersama dengan kedua-dua sekolah berkenaan.

Pusat ini akan menjalankan penyelidikan yang membantu "membangunkan strategi bagi penggubal dasar dan institusi kewangan untuk menyokong peralihan masa depan Asia ke sebuah masa depan rendah karbon".

Kajian akan tertumpu kepada tiga tema utama: Mengubah perniagaan dengan menyepadukan data berkaitan iklim dengan pertimbangan persekitaran, sosial dan urus tadbir dalam membuat keputusan; mereka bentuk dasar dan inisiatif baru yang boleh menambah baik keberkesanan pasaran pembiayaan hijau serta memacu pembangunan huraian pembiayaan hijau.

Pusat itu juga bertujuan untuk melengkapi para karyawan dengan kemahiran baru dan mengembangkan bakat pembiayaan hijau yang kukuh. Ia akan menawarkan kursus-kursus meliputi pelbagai peringkat - siswazah, pos siswazah, berterusan dan pendidikan profesional.

Institut itu akan diterajui bersama oleh Profesor David Fernandez, Pengarah Institut Sim Kee Boon bagi Ekonomi Kewangan di SMU, dan Dr Charles Donovan, Profesor Amalan dan pengarah eksekutif Pusat bagi Pembiayaan dan Pelaburan Iklim di Sekolah Perniagaan Kolej Imperial.

Pusat pembiayaan tersebut akan bertindak sebagai pemangkin untuk "menerapkan perubahan iklim ke dalam strategi perniagaan", kata Prof Fernandez sambil menambah bahawa Asia perlu mencari keseimbangan antara kelestarian dengan pertumbuhan.

Rantau ini juga, kata Dr Donovan, boleh menerajui dunia ke masa depan kurang karbon.

Pusat Pembiayaan Hijau Singapura disokong oleh sembilan rakan pengasas lain - Bank of China, BNP Paribas, Fullerton Fund Management, Goldman Sachs, HSBC, Schroders, Standard Chartered Bank, Sumitomo Mitsui Banking Corp dan UBS. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan