Skip to main content

Singapura

S'pura lancar Bulan Keselamatan di Jalan Raya

Singapura melancarkan Bulan Keselamatan Di Jalan Raya pada Jumaat (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 May 2021 09:25PM Dikemas Kini : 28 May 2021 09:31PM

SINGAPURA: Singapura melancarkan Bulan Keselamatan Di Jalan Raya pada Jumaat (28 Mei).

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata keadaan di jalan-jalan raya tempatan semakin selamat sejak beberapa tahun lalu.

Jumlah kemalangan maut telah berkurangan.

Antara tahun 2011 dengan 2019, jumlah kemalangan maut merosot sebanyak 40 peratus.

Ia hasil pendidikan, kerjasama dan penguatkuasaan yang berterusan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Edisi tahun ini termasuk video-video baru keselamatan di jalan raya mengenai perbuatan memandu dengan laju dan melanggar lampu merah.

Ia menekankan akibat daripada melakukan kesalahan-kesalahan sedemikian.

Selain itu, ada juga program ganjaran bagi para pemandu yang menunjukkan sikap budi bahasa semasa di jalan raya.

Mereka akan diberikan pek bagi mencegah jangkitan COVID-19. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita