Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura labur $50 juta perkukuh keupayaan privasi data, pengesahan identiti

Pelaburan sebanyak S$50 juta sepanjang lima tahun akan datang dibuat ketika serangan siber dijangka lebih kerap berlaku sedang ekonomi digital makin rancak.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura labur $50 juta perkukuh keupayaan privasi data, pengesahan identiti

(Gambar hiasan: Nicolas Asfouri/AFP)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 08:30PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 08:39PM

SINGAPURA: Singapura akan melaburkan S$50 juta dalam masa lima tahun akan datang, bagi mengukuhkan keupayaan dalam privasi data dan pengesahan identiti.

Ini akan membantu Singapura memanfaatkan permintaan yang kian meningkat bagi apa yang disifatkan sebagai teknologi digital yang dipercayai.

Serangan siber yang melibatkan syarikat minyak terbesar Amerika Syarikat dan pembocoran data pelanggan Singtel beberapa bulan lalu, mungkin lebih sering berlaku sedang rentak ekonomi digital bertambah rancak.

Dalam ucapannya di sidang puncak teknologi Asia pada Rabu (14 Jul), Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata ada sebab yang kukuh untuk bertindak terhadap ancaman seumpama itu.

Atas sebab itulah, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan memperuntukkan S$50 juta untuk membantu industri dan para pengkaji menghasilkan huraian digital yang diyakini, menggunakan teknologi seperti blok rantai.

Butiran lanjut berhubung dana tersebut akan diumumkan lewat tahun ini.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan