Skip to main content

Singapura

S'pura labur $25 juta bagi tingkat keupayaan kejuruteraan kuantum

$25 juta akan dilaburkan ke dalam Program Kejuruteraan Kuantum (QEP) oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) sepanjang lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Sep 2018 07:25PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:32PM

SINGAPURA: $25 juta akan dilaburkan ke dalam Program Kejuruteraan Kuantum (QEP) oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) sepanjang lima tahun akan datang.

Program itu bagi membangunkan peralatan dan teknologi yang mampu mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan kuantum di negara ini.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan demikian di pembukaan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura.

Dua inisiatif lain bagi mempertingkatkan pertukaran idea dan kepakaran antara Singapura dengan beberapa ekosistem inovasi merata dunia turut dilancarkan.

'Innovators Academy' - sebuah program yang akan memadankan lebih 1,300 pelajar dari 17 bandar kepada latihan-latihan amali yang ada sepanjang beberapa tahun akan datang.

Rangkaian Syarikat Pemula SG pula - sebuah pangkalan data online bagi syarikat-syarikat pemula di Singapura - bakal diperkenalkan bagi memudahkan para pelabur di seluruh dunia untuk dihubungkan dengan syarikat-syarikat pemula di Singapura.  

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita