Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kurangkan harga tol di Woodlands, Tuas bermula 2 Mac

Harga bayaran tol di Singapura bagi kereta, bas dan teksi yang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan dikurangkan bermula 2 Mac ini, menurut kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kurangkan harga tol di Woodlands, Tuas bermula 2 Mac

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 09 Feb 2020 04:47PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 04:51PM

SINGAPURA: Harga bayaran tol di Singapura bagi kereta, bas dan teksi yang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan dikurangkan bermula 2 Mac ini, menurut kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (9 Feb).

Ini sebagai respons kepada langkah Malaysia mengurangkan bayaran tol bagi kereta, bas dan teksi di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Koswe) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua) pada 1 Feb, menurut LTA.

Harga tol yang disemak adalah seperti berikut:

(Gambar: LTA)

(Gambar: LTA)
KHIDMAT DIGITAL BARU BAGI KENDERAAN KHIDMAT AWAM ASEAN

Singapura juga akan memulakan khidmat digital baru untuk mengupayakan pemilik kenderaan khidmat awam seperti bas dan teksi berdaftar di negara-negara ASEAN untuk membuat permohonan permit menerusi laman OneMotoring.

Daya usaha baru itu akan dilaksanakan bermula 10 Feb, menurut LTA.

Ia bertujuan untuk mempermudahkan pemilik kenderaan dan menambah lagi khidmat digital bagi kenderaan asing.

Pemilik kenderaan akan boleh melakukan bayaran secara online serta penghantaran bagi VEP dan kad Autopas dalam masa terdekat ini, tambah LTA.

Para pemilik kenderaan boleh merujuk kepada video panduan online di laman OneMotoring berhubung penggunaan khidmat digital tersebut.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh ke Pusat Khidmat LTA di Johor di mana terdapat kios-kios digital bagi pemilik kenderaan menyerahkan permohonan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan