Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Korea Selatan akan lancar laluan hijau timbal balik bagi perjalanan penting, urusan rasmi

Satu laluan pantas bagi penduduk Singapura dan Korea Selatan akan dibuka pada Jumaat (4 Sep) bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan penting atau bagi urusan rasmi antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2020 07:43PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 09:07PM

SINGAPURA: Satu laluan pantas bagi penduduk Singapura dan Korea Selatan akan dibuka pada Jumaat (4 Sep) bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan penting atau bagi urusan rasmi antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Rabu.

Dalam perbualan telefon pada Rabu, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan Kang Kyung-wha mengalu-alukan hasil rundingan dua hala berhubung laluan hijau timbal balik bagi perjalanan penting dan urusan rasmi antara kedua-dua negara itu, dedah kementerian tersebut.

Ini akan "membantu mengembalikan ketersambungan dan menyokong pemulihan ekonomi dengan langkah-langkah keselamatan kesihatan awam yang sewajarnya," jelas MFA.

Para pelawat yang layak harus mematuhi syarat-syarat dan langkah-langkah kesihatan awam sedia ada yang sudah sama-sama dipersetujui di negara masing-masing.

Ini termasuk langkah-langkah keselamatan kesihatan dari segi ujian sebelum berangkat dan selepas mendarat di lapangan terbang serta perlunya mematuhi
jadual perjalanan yang terkawal bagi 14 hari pertama di negara yang menjadi destinasi lawatan tersebut.

Perincian operasi termasuk peraturan, protokol kesihatan dan proses permohonan akan diterbitkan di laman SafeTravel sebelum Jumaat, menurut MFA.

"Menteri-menteri tersebut mengesahkan pentingnya kerjasama dua hala bagi mengatasi cabaran-cabaran bersama di tengah-tengah pandemik COVID-19," dedah MFA, sambil menambah kedua-dua pihak mengalu-alukan pelancaran laluan pantas itu. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan