S'pura komited bina masyarakat lebih penyayang, inklusif
Singapura komited untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.
SINGAPURA: Singapura komited untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.
Berucap di satu acara sempena Hari Sindrom Down Sedunia, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata salah satu cara adalah dengan menyokong golongan kurang upaya bagi membolehkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing.
Encik Tong memuji program yang dianjurkan oleh Persatuan Sindrom Down, yang bertujuan memupuk sikap positif terhadap golongan berkeperluan khas dalam kalangan kanak-kanak.
Ia bagi membantu rakan-rakan sebaya mereka yang mempunyai keperluan khas menyesuaikan diri ke sekolah-sekolah biasa.
Encik Tong juga memuji persatuan itu kerana mengadakan pembelajaran online dan kegiatan di rumah sepanjang pandemik COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.