Skip to main content

Singapura

S'pura kerah pesawat C-130 ke Sulawesi bantu mangsa Palu

Pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura akan dikerahkan ke Indonesia selama seminggu bagi membantu pemulihan dan pembangunan semula Kota Palu selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Nov 2018 03:19PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:37PM

SINGAPURA: Pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura akan dikerahkan ke Indonesia selama seminggu bagi membantu pemulihan dan pembangunan semula Kota Palu selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan hari ini (21 Nov) bahawa ia mengerahkan sebuah pesawat atas permintaan pemerintah Indonesia.

Ia akan menyokong usaha-usaha kemanusiaan pihak berkuasa Indonesia di Sulawesi, yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 September.

"Pesawat RSAF C-130 akan dikerahkan ke Indonesia selama seminggu bagi menghulurkan bantuan untuk memindahkan bekalan-bekalan yang diperlukan ke kawasan-kawasan yang terjejas," menurut MINDEF dalam kenyataannya.

Gempa sekuat 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda meragut lebih 2,000 nyawa dan menyebabkan lebih 220,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa hari selepas dilanda bencana pada 2 Oktober, Angkatan Bersenjata Singapura mengerahkan dua pesawat C-130 RSAF ke Indonesia untuk menghantar satu pakej bantuan, yang terdiri daripada khemah, makanan, minuman botol dan bekalan perubatan.

Pesawat dan anak kapal terus berada di Indonesia dan menyokong usaha pihak berkuasa tempatan. Kedua-dua pesawat kembali ke Singapura bulan lalu.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita