S'pura keluarkan notis perjalanan ekoran tunjuk-tunjuk perasaan besar Perancis
Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan satu notis perjalanan hari ini (1 Dis) sedang bantahan terhadap cukai minyak pemerintah Perancis terus berlangsung di negara itu.
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan satu notis perjalanan hari ini (1 Dis) sedang bantahan terhadap cukai minyak pemerintah Perancis terus berlangsung di negara itu.
Menukil perangkaan pihak berkuasa Perancis, MFA menyatakan bahawa sekitar 282,000 orang mengambil bahagian dalam tunjuk-tunjuk perasaan pada 12 Nov, sementara 106,000 lagi menyertai bantahan seumpama itu pada 24 Nov.
"Ramai penunjuk perasaan dijangka berkumpul di jalan raya pada hujung minggu ini - iaitu dari 1 hingga 2 Disember 2018. Gangguan lalu lintas dan kekecohan lain kemungkinan akan berlaku," menurut MFA.
"Rakyat Singapura yang akan melancong atau sudah berada di Perancis dinasihati supaya tidak mendekati tempat orang ramai perhimpun, di samping memantau media tempatan untuk sebarang perkembangan. Mereka juga dinasihati mematuhi arahan dari pihak berkuasa tempatan.
"Memandangkan pengangkutan awam akan terjejas apabila berlaku tunjuk-tunjuk perasaan, anda perlu menjangkakan tempoh perjalanan lebih lama, terutama sekali di kawasan-kawasan terjejas," tambah MFA.
MFA turut menasihati rakyat Singapura supaya berdaftar di lamannya menerusi http://eregister.mfa.gov.sg supaya dapat dihubungi jika perlu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.