Skip to main content

Singapura

S'pura keluarkan notis peringatan ekoran bantahan di Hong Kong esok

Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan notis peringatan kepada rakyat Singapura yang berada di Hong Kong supaya menjauhi tempat-tempat yang sesak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Jul 2019 07:33PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 09:36PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan notis peringatan kepada rakyat Singapura yang berada di Hong Kong supaya menjauhi tempat-tempat yang sesak.

Nasihat tersebut dikeluarkan menyusuli pengumuman bahawa satu lagi bantahan akan dilancarkan di Hong Kong esok (21 Jul).

Pergerakan lalu lintas dan pengangkutan awam dijangka terjejas dari Causeway Bay ke pusat bandar, di Wanchai dan Admiralty.

Rakyat Singapura diingatkan supaya mengikuti perkembangan berita tempatan serta maklumat terkini yang diberikan pihak berkuasa Hong Kong. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita