Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kekal di tempat teratas negara paling inovatif di Asia

Singapura berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai negara Asia paling berdaya inovatif, buat tujuh tahun berturut-turut. Ia menduduki tangga kelapan dalam ranking dunia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2020 06:01PM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 08:47PM

SINGAPURA: Singapura berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai negara Asia paling berdaya inovatif, buat tujuh tahun berturut-turut. Ia menduduki tangga kelapan dalam ranking dunia.

Ini didedahkan oleh Indeks Inovasi Global oleh Pejabat Hak Milik Intelektual Dunia, Universiti Cornell dan INSEAD.

Singapura juga berada di tempat teratas dalam empat kategori.

Ini termasuk dalam kestabilan politik dan operasi, keberkesanan pemerintah, pendidikan pos menengah dan pengilangan teknologi tinggi.

Indeks Inovasi Global menyenaraikan ekonomi-ekonomi dunia berdasarkan keupayaan inovasinya berlandaskan sekitar 80 kayu ukur.

Pejabat Hak Milik Intelektual Singapura menyatakan ranking-ranking tersebut menandakan pengiktirafan terhadap usaha Singapura bagi membina sebuah rejim IP yang kukuh dan aktif.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan