Skip to main content

Singapura

S'pura kaji tenaga geoterma sebagai sumber jana tenaga

Tenaga daripada haba bawah tanah boleh membantu untuk menjana sistem pendinginan dan proses penyulingan air pada masa akan datang, sedang Singapura mengkaji potensi untuk memanfaatkan tenaga geoterma.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kaji tenaga geoterma sebagai sumber jana tenaga

Taman Mata Air Panas Sembawang. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 05:20PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 05:24PM

SINGAPURA: Tenaga daripada haba bawah tanah boleh membantu untuk menjana sistem pendinginan dan proses penyulingan air pada masa akan datang, sedang Singapura mengkaji potensi untuk memanfaatkan tenaga geoterma.

Kajian-kajian awal akan dijalankan di bahagian utara dan timur Singapura, umum Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Selasa (26 Okt).

Kawasan-kawasan itu dikenal pasti berdasarkan ukuran suhu permukaan yang lebih tinggi , tambah EMA.

Salah satu tapak kajian ialah Taman Mata Air Panas Sembawang, di mana para pengkaji dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), platform penyelidikan TUM CREATE dan Surbana Jurong akan mendapatkan data suhu dan memperbaiki unjuran potensi sumber geoterma Singapura.

Dapatan awal daripada kajian-kajian itu akan dikeluarkan pada hujung tahun depan, dedah EMA.

Berucap di pembukaan Forum Peringkat Tinggi Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Singapura-Antarabangsa (IRENA), Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata kemajuan teknologi, selain kos semakin merosot, membolehkan para penggubal dasar dan pemimpin industri, untuk memajukan lagi peranan tenaga boleh diperbaharui dalam sistem tenaga global.

Singapura juga berminat untuk memacukan pembangunan dan penggunaan alternatif rendah karbon yang baru, seperti penyimpanan hidrogen dan karbon untuk menyokong peralihan tenaga itu, tambah beliau.

"Sekiranya didapati boleh dilaksanakan, tenaga geoterma boleh dijadikan sebagai sumber tenaga bersih tambahan dan baru selain kuasa suria bagi menjana tenaga," menurut EMA.

EMA menambah sekiranya Singapura memanfaatkan tenaga geoterma bagi penjanaan kuasa pada masa akan datang, ia akan menjadi antara negara pertama di dunia untuk memanfaatkan sistem geoterma generasi seterusnya dalam negara yang sarat dengan penduduk.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita