Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Jerman setuju tubuh laluan hijau timbal balik bagi perniagaan penting dan urusan rasmi

Para penduduk di Singapura dan Jerman tidak lama lagi akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan penting dan urusan rasmi setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan laluan hijau timbal balik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Oct 2020 01:40PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 08:45PM

SINGAPURA: Para penduduk di Singapura dan Jerman tidak lama lagi akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan penting dan urusan rasmi setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan laluan hijau timbal balik.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (23 Okt) oleh kementerian ehwal luar kedua-dua negara.

"Laluan hijau timbal balik akan membolehkan perjalanan penting atas tujuan perniagaan atau urusan rasmi melalui penerbangan langsung antara kedua-dua negara," menurut kenyataan bersama itu.

Pemohon yang layak diwajibkan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetujui oleh kedua-dua negara, tambah kenyataan tersebut.

Kedua-dua negara menyatakan bahawa laluan hijau itu juga berfungsi sebagai model untuk aturan serupa antara Singapura dengan negara-negara Eropah yang lain pada masa akan datang.

Perincian mengenai laluan hijau itu, termasuk syarat prosedur, protokol kesihatan, dan proses permohonan, akan diumumkan pada satu tarikh yang belum diputuskan.

Pada Jumaat, Jerman melaporkan 11,242 kes baru COVID-19, membawa jumlah keseluruhan kepada 403,291 kes. Angka korban di negara itu juga meningkat lagi 49 kepada 9,954 korban.

Singapura pula melaporkan 57,941 kes COVID-19, dengan 28 kematian.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan