S'pura, Jepun lancar 'laluan hijau' perjalanan bagi tujuan perniagaan, rasmi pada 18 Sep
Singapura dan Jepun akan melancarkan "laluan hijau timbal balik" untuk memudahkan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara pada 18 Sep, kata para menteri luarnya pada Jumaat (11 Sep) dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA).
SINGAPURA: Singapura dan Jepun akan melancarkan "laluan hijau timbal balik" untuk memudahkan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara pada 18 Sep, kata para menteri luarnya pada Jumaat (11 Sep) dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA).
"Laluan perniagaan, yang akan dilancarkan pada 18 Sep 2020, akan memudahkan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan rasmi untuk penduduk dari kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Ini adalah rangka kerja pertama yang akan dilaksanakan Jepun dengan sebuah negara lain, dan akan membantu memulihkan keterhubungan dan menyokong pemulihan ekonomi untuk Jepun dan Singapura, kata MFA.
"Laluan perniagaan akan membenarkan penyambungan semula perjalanan dan pertukaran perniagaan rentas sempadan secara selamat dengan langkah-langkah perlindungan kesihatan awam yang perlu," tambahnya.
Langkah-langkah perlindungan itu termasuk pengujian sebelum berangkat dan selepas ketibaan serta syarat untuk mematuhi jadual perjalanan terkawal untuk 14 hari pertama di negara ketibaan.
Butir-butir operasi termasuk syarat-syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan akan diterbitkan di laman web SafeTravel dan Kementerian Ehwal Luar Jepun menjelang 18 Sep.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.