Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura jalin kerjasama dengan pemain industri kembangkan bakat pencipta kandungan tempatan

IMDA berganding bahu dengan YouTube dan agensi lain bangunkan bakat pencipta kandungan manfaatkan industri bernilai S$141 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Nov 2021 07:33PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 12:45AM

SINGAPURA: Individu yang berhasrat menjadi pencipta kandungan berpeluang meneroka lebih banyak bimbingan dan latihan untuk meraih pendapatan daripada idea mereka serta menambah penonton.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang bekerjasama dengan YouTube dan agensi-agensi lain dalam industri itu bagi melengkapi mereka dengan kemahiran-kemahiran seperti pemasaran kandungan, pelibatan penonton dan analisis data.

Inisiatif itu diumumkan di Sidang Puncak VidCon Asia hari ini (25 Nov)

Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengenal pasti peluang-peluang bagi para pencipta kandungan tempatan menyumbang kepada dunia media dan membantu mereka meneroka pasaran luar negara.

Ekonomi pencipta kandungan di seluruh dunia tahun ini dianggarkan bernilai sekitar S$141 bilion dan berpotensi menjadi industri bernilai S$1 trilion menjelang tahun 2026.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan