Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura jadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN

Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan mulai esok (30 Jul) hingga Sabtu depan (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura jadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN

(Gambar: Romeo Gacad/ AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2018 08:56PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 08:58PM

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan mulai esok (30 Jul) hingga Sabtu depan (4 Ogos).

Agenda utama AMM kali ini adalah pelaksanaan Visi Para Pemimpin ASEAN bagi ASEAN yang berdaya tahan dan inovatif.

Pertemuan kali ini juga akan membincangkan usaha mengukuhkan perpaduan ASEAN, menyemak hubungan luar serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

Mesyuarat-mesyuarat berkaitan termasuk Mesyuarat Para Menteri Luar ASEAN 'campur tiga' Sidang Puncak Timur Asia serta Forum Serantau ASEAN di mana para menteri akan membincangkan perkembangan penting serantau dan antarabangsa.

Di Persidangan Pasca Menteri pula, para menteri luar ASEAN akan bertemu rakan-rakan dialog mereka seperti China, Kesatuan Eropah, Rusia dan Amerika Syarikat bagi membincangkan kerjasama berterusan dan masa depan.

Sumber : CNA/FZ/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa