Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Indonesia setuju lancar laluan hijau bagi perjalanan perniagaan penting dan rasmi

Singapura dan Indonesia bersetuju untuk membentuk laluan hijau timbal balik (RGL) bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Oct 2020 09:06AM Dikemas Kini : 12 Oct 2020 09:11PM

SINGAPURA: Singapura dan Indonesia bersetuju untuk membentuk laluan hijau timbal balik (RGL) bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.

Permohonan untuk RGL akan dibuka pada 26 Oktober dan perjalanan akan bermula tidak lama kemudian, kata Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (12 Okt).

Pemohon yang layak bagi RGL, yang juga dirujuk oleh Indonesia sebagai aturan koridor perjalanan (TCA) ialah warga Indonesia serta rakyat dan penduduk Singapura.

Mereka perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara, termasuk ujian swab reaksi berantai polimerase (PCR) oleh institusi kesihatan yang diiktiraf kedua-dua negara sebelum pelepasan dan selepas ketibaan.

MFA menyatakan bahawa Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi menerusi telefon, dengan kedua-dua menteri menegaskan "hubungan baik dan lama terjalin" antara Singapura dengan Indonesia.

Kedua-dua menteri juga menyingkap perbincangan mereka pada Ogos tahun ini mengenai kepentingan memperkukuhkan kerjasama yang saling memberi manfaat dalam mengatasi cabaran bersama yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Ini termasuk penyambungan perjalanan penting sambil melindungi kesihatan dan keselamatan awam di kedua-dua negara.

Dalam konteks ini, MFA menyatakan kedua-dua menteri menyambut baik kesimpulan rundingan antara Singapura dengan Indonesia mengenai RGL.

Butiran operasi mengenai RGL, termasuk syarat prosedur, protokol kesihatan dan proses permohonan akan diumumkan kelak.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan