Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Indonesia kukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pendidikan, pelancongan

Singapura dan Indonesia mengesahkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 08:16PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:04PM

JAKARTA: Singapura dan Indonesia mengesahkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean yang menggulung lawatan tiga hari ke Jakarta, juga melahirkan harapan pilihan raya Indonesia tahun depan akan berjalan lancar dan aman.

DPM Teo berada di Jakarta untuk membuat persiapan bagi Retreat antara Presiden Joko Widodo dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 11 Oktober di Bali.

Semasa lawatannya, beliau menemui Presiden Joko Widodo dan beberapa pemimpin Indonesia serta ketua parti-parti politik yang menyuarakan hasrat untuk mengekalkan hubungan dua hala lebih rapat.

Encik Teo turut menyemak kemajuan hasil Retreat para pemimpin di Singapura.

Menurutnya projek bersama Taman Perusahaan Kendal di Semarang akan termasuk sebuah Politeknik yang akan mula mengambil kumpulan pertama pelajar pada Oktober nanti.

DPM Teo menambah, projek itu salah satu kemuncak kerjasama Singapura-Indonesia yang boleh dicontohi di bahagian-bahagian lain Indonesia.

Singapura dan Indonesia juga sedang membangun bersama pelancongan kapal pesiaran untuk meliputi destinasi-destinasi lain di Indonesia.

Turut sama dalam rombongan DPM Teo ialah Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamed.

Beliau turut melahirkan harapan bagi hubungan dua hala kekal baik.

"Saya rasa ini agak penting kerana kita mempunyai sejarah yang panjang dan kami diberi keyakinan daripada pemimpin di sini di mana mereka gembira dengan tahap kerjasama kita dan hubungan di antara Singapura dan Indonesia. Tapi apa yang juga penting adalah kita telah melihat perkembangan di antara kedua-dua negara di mana kita hari ini sudah mempunyai pelbagai program, inisiatif," ujarnya. 

Sumber : CNA/MM/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan