Skip to main content

Singapura

S'pura harus 'sabar dan tegas' tangani isu dua hala dengan M'sia, kata PM Lee

Sabar tetapi tegas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Apr 2019 07:20PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 10:31PM

SINGAPURA: Sabar tetapi tegas.

Itulah pendekatan yang diambil Singapura dalam menangani isu-isu dua hala dengan Malaysia.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian kepada media di luar Retreat para pemimpin Singapura-Malaysia hari ini (9 Apr).

PM Lee menambah, dalam isu air misalnya, Singapura sudah bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan di Malaysia bagi menanganinya dengan mempertimbangkan keperluan masing-masing yang berubah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: "Ia satu masalah yang serius. Ia satu isu yang memerlukan kedua-dua pihak bekerjasama kerana jika tidak cukup air di Sungai Johor, ia bukan sahaja satu masalah praktikal bagi kedua-dua pihak tetapi ia juga masalah politik bagi kedua-dua negara.

"Dan saya percaya Malaysia memahaminya dan mereka akui ini adalah sesuatu yang mereka perlu bertindak bersama dengan Singapura dan kita berharap untuk bekerjasama dengan Malaysia berhubung soal itu."

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita