Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura harus bina daripada kekuatan utama demi masa depan kukuh, kata Heng Swee Keat

Singapura harus membina daripada kekuatan utamanya untuk masa depan lebih kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2021 08:00PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 08:46PM

SINGAPURA: Singapura harus membina daripada kekuatan utamanya untuk masa depan lebih kukuh.

Setiap warga Singapura mesti memainkan peranan masing-masing dengan bekerjasama, mengamalkan nilai-nilai dan bertindak untuk menjadikannya satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa bercakap di forum Siri Penceramah Kehormat NUS 115 yang membincangkan usaha membentuk masa depan negara.

DPM Heng berkata Singapura menggunakan ketabahan dan kebijaksanaan untuk merubah kelemahan menjadi kekuatan.

Salah satu kekuatan tersebut adalah sikap bersatu padu, tidak kira bangsa, bahasa atau agama.

Namun Encik Heng mengingatkan masih ada isu terpendam yang tetap wujud.

Beliau menggesa rakyat Singapura supaya menghadapi isu-isu seumpama itu secara berhemah dan rendah diri.

Ini terutamanya generasi lebih muda yang lebih selesa meluahkan pandangan di media sosial.

"Kita patut tegas untuk menegur apabila kita lihat perkara bercanggah, namun juga rendah diri dengan tidak membuat andaian buruk terhadap setiap tindakan atau komen. Kita harus sabar apabila berhadapan dengan isu-isu sedemikian, memandangkan ia menyentuh perasaan yang beremosi.

"Kemajuan tidak dapat dicapai dengan mengetengahkan dengan tegas satu sudut pandangan saja. Kita sebaliknya harus dapatkan perspektif berbeza dan memberi ruang untuk mencari jalan tengah," kata beliau.

Encik Heng akur kita tidak boleh melindungi pekerja kita daripada persaingan global dan tetap mengharapkan kejayaan.

Dengan para majikan kini boleh mencari pekerja terbaik dari merata dunia, warga Singapura mesti berubah untuk menyahut peluang-peluang baru.

"Kita tidak boleh memencilkan diri dan beranggapan kita tiada pilihan. Sebaliknya, kita harus bersikap terbuka dan melengkapi diri dengan pengalaman dan kemahiran untuk berjaya. Sekitaran berbilang budaya di mana anda dibesarkan memberi anda banyak sekali kelebihan di dunia yang pelbagai. Ia membuat anda lebih menghargai rantau ini dan membolehkan anda menyahut peluang-peluang baru yang lebih menarik di Asia," tambah beliau.

Kekuatan ketiga Singapura adalah perjanjian sosial yang kita warisi.

Sungguhpun begitu, Encik Heng menegaskan Singapura harus melakukan lebih banyak lagi untuk mengukuhkannya.

Ini termasuk membantu sesetengah golongan menimba kemahiran, selain mewujudkan sekitaran kerja yang lebih baik bagi para pekerja bergaji rendah.

Encik Heng menggesa masyarakat supaya mendampingi warga tua secara lebih aktif agar mereka tidak terpinggir.

Untuk menangani lebih baik kesejahteraan mental, mereka perlu meningkatkan kesedaran, menghapuskan stigma dan mewujudkan ruang selamat bagi mereka yang perlukan bantuan.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan