Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura harap perdalam kerjasama, sambung perjalanan selamat dengan Jepun: PM Lee

Singapura berharap dapat memperdalam kerjasama dengan Jepun dalam beberapa bidang, termasuk menyambung semula perjalanan secara selamat, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida hari ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura harap perdalam kerjasama, sambung perjalanan selamat dengan Jepun: PM Lee

PM Lee Hsien Loong (kiri) dan PM Jepun, Fumio Kishida (Gambar: MCI/PMO)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 09:39PM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 09:46PM

SINGAPURA: Singapura berharap dapat memperdalam kerjasama dengan Jepun dalam beberapa bidang, termasuk menyambung semula perjalanan secara selamat, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida hari ini (22 Nov).

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan, kedua-dua perdana menteri menekankan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Perdana Menteri Lee berkata bahawa Singapura berharap untuk memperdalam kerjasama dengan Jepun dalam bidang di mana kedua-dua negara berkongsi kepentingan bersama, termasuk menyambung semula perjalanan secara selamat, pendigitalan dan ekonomi digital,” menurut MFA.

PM Lee mengucapkan tahniah kepada PM Kishida atas kemenangan partinya dalam pilihan raya parlimen baru-baru ini, serta pelantikannya sebagai perdana menteri Jepun.

Beliau juga mengundang PM Kishida untuk membuat lawatan rasmi ke Singapura.

Kedua-dua pemimpin kali terakhir bertemu pada September 2019 apabila Encik Kishida menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Singapura, dalam jawatannya sebagai pengerusi majlis penyelidikan dasar Parti Liberal Demokratik.

Dalam satu catatan di Facebook, PM Lee berkata bahawa Singapura dan Jepun menandakan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik tahun ini.

“Semasa panggilan telefon itu, kami juga bercakap tentang Visi Negara Bandar Taman Digital PM Kishida dan saya berkongsi pengalaman kami daripada inisiatif Negara Bijak Singapura kami,” kata PM Lee.

“Jepun seperti Singapura sama2 menyokong sistem perdagangan berbilang pihak dan aturan antarabangsa yang berlandaskan peraturan. Kita bekerjasama dalam Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP),” tambahnya.

"Saya yakin kerjasama kita akan berkembang di bawah kepimpinan PM Kishida."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan