Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura hantar lebih 100,000 dos vaksin COVID-19 kepada Johor

Singapura menghantar 100,620 dos vaksin Pfizer-BioNTech kepada Johor pada Khamis (2 Dis), sedang Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menegaskan sokongan berterusan Singapura kepada usaha Johor memerangi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura hantar lebih 100,000 dos vaksin COVID-19 kepada Johor

(Gambar: MFA Singapore)

Diterbitkan : 03 Dec 2021 07:54AM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 07:56AM

SINGAPURA: Singapura menghantar 100,620 dos vaksin Pfizer-BioNTech kepada Johor pada Khamis (2 Dis), sedang Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menegaskan sokongan berterusan Singapura kepada usaha Johor memerangi pandemik COVID-19.

Dr Balakrishnan berkata demikian semasa menghadiri jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pda Khamis (2 Dis), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA.

Semasa pertemuan itu, Dr Balakrishnan turut menyampaikan undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Sultan Ibrahim untuk melakukan lawatan rasmi ke Singapura dalam masa terdekat ini.

Dr Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menurut MFA dalam kenyataannya.

Dalam catatan Facebooknya pada Khamis malam, Dr Balakrishnan berkata bekalan vaksin itu dihantar kepada kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim iaitu Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Semasa lawatannya, Dr Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan berbincang tentang Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.

"VTL mencerminkan hubungan kerja yang baik antara Singapura dengan Malaysia, termasuk kerajaan negeri Johor dan mengukuhkan lagi usaha kedua-dua pihak untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan semasa pandemik dengan selamat," menurut MFA.

Dr Balakrishnan dan para pemimpin Johor juga "saling bertukar-tukar pandangan tentang bidang kerjasama yang baru" antara Singapura dengan Johor. Ini termasuk penubuhan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor di Singapura pada tahun depan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan