Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura hantar bekalan kedua oksigen, peralatan ke Indonesia

Singapura sudahpun membuat penghantaran kedua bekalan dan peralatan oksigen kecemasan ke Indonesia di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19 di negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2021 03:53PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 09:25PM

SINGAPURA: Singapura sudahpun membuat penghantaran kedua bekalan dan peralatan oksigen kecemasan ke Indonesia di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19 di negara itu.

Sebuah kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) meninggalkan Pangkalan Tentera Laut Changi pada pagi tadi (11 Jul) untuk menuju ke Pelabuhan Tanjung Priok di Indonesia. Ia membawa dua tangki ISO dengan 40 tan cecair oksigen, 500 silinder oksigen dan 570 pemekat oksigen, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean.

"Sebagai jiran dan rakan kongsi Indonesia, Singapura akan terus bekerjasama dengan Indonesia untuk menyokong usahanya melawan pandemik COVID-19," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Hari ini Encik Teo berkata beliau sudahpun membuat "beberapa panggilan telefon sepanjang beberapa hari lalu" dengan Menteri Indonesia Luhut Pandjaitan, yang menyelaraskan respons COVID-19 negara itu.

Kedua-dua menteri itu membincangkan "cara terbaik bagaimana (Singapura) boleh menyokong keperluan kritikal oksigen yang menyelamatkan jiwa," kata Encik Teo dalam satu catatan Facebook. "Saya memberi beliau jaminan bahawa Singapura akan melakukan yang terbaik dan bekerjasama untuk mengatasi pandemik ini bersama-sama."

Indonesia, negara dengan paling ramai penduduk dan yang paling teruk terjejas dek koronavirus di rantau ini, melaporkan lebih 38,000 kes pada Jumaat (9 Jul) buat hari kedua berturut-turut. Jumlah itu enam kali lebih tinggi berbanding yang dilaporkan sebulan sebelumnya.

Lebih 2.4 juta kes COVID-19 dicatatkan di Indonesia sejak bermulanya pandemik, dengan lebih 64,000 kematian dilaporkan.

Pihak berkuasa sudahpun meluaskan sekatan ke lebih banyak tempat di kepulauan itu, dengan harapan untuk membendung krisis yang membelenggu pulau Jawa di mana bekalan oksigen rendah dan 80 peratus daripada tanah perkuburan yang dikhususkan buat jenazah COVID-19 di ibu kota Jakarta hampir penuh. 

Sumber : CNA/Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan