S'pura, Guangdong meterai perjanjian kerjasama lebih rapat
Singapura dan wilayah Guangdong, China memeterai perjanjian bagi mengukuhkan kerjasama lebih rapat.
GUANGDONG: Singapura dan wilayah Guangdong, China memeterai perjanjian bagi mengukuhkan kerjasama lebih rapat.
Ia dimeterai pada Isnin (18 Nov) oleh Menteri Pendidikan Ong Ye Kung bersama Gabenor Guangdong, Ma Xingrui di Guangzho.
Encik Ong kini di Guangdong bagi lawatan tiga hari bersama satu rombongan perniagaan 120 anggota.
Perjanjian antara Singapura dengan wilayah Guangdong, China itu melibatkan bidang-bidang kerjasama seperti inovasi, hak intelektual dan pembangunan bandar bijak.
Baru-baru ini, di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping, China memberikan lebih banyak tumpuan kepada daerah pembangunan mega seperti Greater Bay Area.
Ia turut merangkumi wilayah Guangdong serta wilayah-wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Macau.
Ekonomi Guangdong adalah empat kali ganda Singapura, dengan jumlah penduduk 20 kali ganda berbanding Singapura.
Sebagai salah sebuah wilayah China yang makmur, kerjasama dua hala dengan Singapura mendapat rangsangan dengan termeterainya perjanjian tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.