S'pura gesa rangka kerja global lebih utuh bagi tangani keselamatan siber
Singapura menggesa agar rangka kerja global lebih utuh diwujudkan bagi menangani keselamatan siber dan menggalak perdagangan digital rentas sempadan.
SINGAPURA: Singapura menggesa agar rangka kerja global lebih utuh diwujudkan bagi menangani keselamatan siber dan menggalak perdagangan digital rentas sempadan.
Berucap pada hari kedua Persidangan Tahunan Institut Timur Tengah, Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan berkata dialog berbilang negara yang berterusan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan bagi membangunkan peraturan antarabangsa dan norma sikap bertanggungjawab negara dalam ruang siber.
Dr Balakrishnan menekankan pentingnya dialog berbilang negara itu diadakan.
"Beberapa kemajuan dicapai melalui Kumpulan Pakar Pemerintah dan Kumpulan Bertindak Terbuka bagi Keselamatan Siber PBB. Singapura akan terus menyokong usaha itu termasuk melalui Kumpulan Rakan e-Pemerintah dan Keselamatan Siber dan Kumpulan Rakan Tekonologi Digital.
"Ia adalah kepentingan kita bersama untuk memastikan pandangan para anggota diambil kira, mencerminkan kepelbagaian masyarakat antarabangsa," kata Dr Balakrishnan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.