Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AS, S'pura ganding bahu pertingkat keselamatan siber ASEAN

Amerika Syarikat dan Singapura akan bekerjasama bagi program keselamatan siber untuk negara-negara anggota ASEAN, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dalam satu kenyataan media hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
AS, S'pura ganding bahu pertingkat keselamatan siber ASEAN

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 16 Nov 2018 12:27PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 12:30PM

SINGAPURA: Amerika Syarikat dan Singapura akan bekerjasama bagi program keselamatan siber untuk negara-negara anggota ASEAN, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dalam satu kenyataan media hari ini (16 Nov).

Kedua-dua negara memeterai perisytiharan hasrat hari ini bagi Program Bantuan Teknikal Keselamatan Siber Singapura-Amerika Syarikat untuk Negara-Negara Anggota ASEAN.

Perisytiharan yang dimeterai antara CSA dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu adalah sebahagian daripada lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence ke Singapura sempena Sidang Puncak ASEAN ke-33.

Di bawah program itu, tiga bengkel latihan keselamatan siber mengenai pelbagai aspek teknikal keselamatan siber dijadual diadakan setiap tahun.

Bengkel-bengkel tersebut akan diadakan di Singapura dan beberapa lokasi di rantau ini, hasil kerjasama dengan rakan-rakan ASEAN, menurut CSA.

Program itu juga merupakan lanjutan kepada Bengkel Program Latihan Negara Ketiga mengenai Keselamatan Siber Singapura-Amerika Syarikat dan akan memanfaatkan kerjasama sedia ada di bawah perjanjian keselamatan siber yang dimeterai antara Singapura dengan Amerika Syarikat pada Ogos 2016, menurut CSA lagi. 

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan