Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Djibouti sahkan hubungan dua hala mesra

Singapura dan negara Djibouti di Afrika mengesahkan lagi hubungan dua hala yang mesra dan membincangkan tentang bidang-bidang yang boleh dilakukan kerjasama.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Djibouti sahkan hubungan dua hala mesra

Presiden Djibouti, Omar Guelleh (kiri) bertemu PM Lee Hsien Loong di Beijing (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 28 Apr 2019 04:41PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 05:38PM

BEIJING: Singapura dan negara Djibouti di Afrika mengesahkan lagi hubungan dua hala yang mesra dan membincangkan tentang bidang-bidang yang boleh dilakukan kerjasama.

Perkara itu dibincangkan semasa Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu Presiden Djibouti Omar Guelleh di luar acara Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China (BRI) di Beijing.

Pejabat Perdana Menteri menyatakan kedua-dua pemimpin membincangkan potensi kerjasama dalam bidang-bidang seperti pembangunan bandar, logistik serta ekonomi digital.

Satu lagi bidang yang turut dibincangkan adalah pembangunan pelabuhan dan maritim.

PM Lee sedang melakukan lawatan lima hari ke China.

Esok, beliau akan bertemu Presiden China, Xi Jinping serta Perdana Menteri Li Keqiang.

Mereka akan menyaksikan upacara menandatangani beberapa perjanjian dua hala. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan