Skip to main content

Singapura

S'pura dijangka beri 2 juta dos vaksin sepanjang dua bulan depan

Singapura dijangka memberi dua juta dos vaksin COVID-19 sepanjang dua bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Dec 2021 10:03PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 10:07PM

SINGAPURA: Singapura dijangka memberi dua juta dos vaksin COVID-19 sepanjang dua bulan akan datang.

Ini sedang kanak-kanak berusia antara 5 dengan 11 tahun mula menjalani vaksinasi sementara mereka yang berusia antara 18 dengan 29 tahun boleh mendapatkan dos penggalak.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung kini menggesa lebih ramai orang agar mendapatkan suntikan vaksin demi melindungi diri mereka daripada varian Omicron.

Ini meskipun laporan-laporan sebelum ini menyatakan para individu yang dijangkiti varian baru itu mungkin akan hanya mengalami gejala ringan.

Encik Ong berkata, kajian menunjukkan bahawa Omicron menular dengan lebih cepat dan tidak lama lagi akan mengatasi Delta untuk menjadi varian yang dominan.

Ini juga bermakna akan ada bilangan kes yang tinggi manakala hanya segelintir sahaja yang akan sakit teruk, tambah Encik Ong.

Keadaan seperti ini boleh meletakkan sistem jagaan kesihatan Singapura di bawah tekanan yang hebat.

Buat masa ini, Singapura mempunyai lebih banyak dos Moderna berbanding Pfizer. Lebih banyak pengiriman vaksin dijangka tiba pada Januari.

Mereka yang ingin mendapatkan suntikan Moderna boleh ke mana-mana pusat vaksinasi tanpa membuat janji temu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita