Skip to main content

Singapura

S'pura dalam keadaan baik di bawah teraju pemimpin 4G: Shanmugam

Adalah penting bagi Singapura untuk mempunyai politik yang betul kerana pandangan politik yang berbeza boleh memecah-belahkan masyarakat, menurut Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar K Shanmugam hari ini (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2018 06:46PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 09:08PM

SINGAPURA: Adalah penting bagi Singapura untuk mempunyai politik yang betul kerana pandangan politik yang berbeza boleh memecah-belahkan masyarakat.

Demikian ditekankan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar K Shanmugam hari ini (25 Nov) ketika mengulas mengenai pelantikan Menteri Kewangan Heng Swee Keat sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat.

Encik Shanmugam turut menekankan bahawa Singapura kini berada dalam keadaan yang baik di bawah teraju kepimpinan generasi keempat.

Beliau turut menyentuh tentang latar belakang kedua-dua Encik Heng dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Kedua PAP.

Encik Shanmugam berkata mereka datang dari keluarga yang sederhana dan perjalanan mereka ke tampuk kepimpinan negara benar-benar mencerminkan semangat Singapura untuk terus maju.

Encik Shanmugam juga memuji gaya kepimpinan Encik Heng.

"Swee Keat merupakan seseorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan. Beliau akan meminta maklumat dahulu apabila timbul sesuatu isu. Beliau tidak hanya melihat isu itu dari sudut pihak atasan, beliau juga mahu memahami sebab yang lebih mendalam mengapa orang-orang itu berpendapat sedemikian. Beliau bertanyakan pandangan dari pelbagai orang sebelum membuat keputusan," kata Encik Shanmugam. 

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita