Skip to main content

Singapura

S'pura dakwa pengarah Citadelle palsukan surat berkaitan Wirecard

Singapura mendakwa seorang pengarah Khidmat Korporat Citadelle kerana memalsukan surat-surat berkaitan Wirecard, firma pembayaran Jerman yang sudah lingkup.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura dakwa pengarah Citadelle palsukan surat berkaitan Wirecard

(Gambar: REUTERS/Wolfgang Rattay)

Diterbitkan : 07 Aug 2020 02:18PM Dikemas Kini : 07 Aug 2020 02:20PM

SINGAPURA: Singapura mendakwa seorang pengarah Khidmat Korporat Citadelle kerana memalsukan surat-surat berkaitan Wirecard, firma pembayaran Jerman yang sudah lingkup.

R Shanmugaratnam didakwa "secara rela dan dengan niat untuk menipu" memalsukan surat-surat daripada Citadelle kepada Wirecard dan memberi gambaran ia mempunyai wang dalam akaun-akaun eskrow, meskipun akaun-akaun tersebut tidak menyimpan baki sedemikian, menurut kertas tuduhan yang difailkan oleh pihak berkuasa Singapura pada 3 Jul.

Shanmugaratnam telah menipu dengan mengatakan pada Mac 2016 bahawa €47 juta (S$76.2 juta), €66.4 juta (S$108 juta) dan €30 juta (S$49 juta) dipegang oleh Citadelle dalam akaun-akaun eskrow setakat 31 Dis 2015, menurut tiga kertas tuduhan.

Dia juga menipu dengan mengatakan pada Mac 2017 bahawa terdapat baki €177.5 juta (S$288 juta) dalam akaun eskrow pada 31 Dis 2016, menurut kertas tuduhan keempat.

Citadelle, sebuah syarikat pentadbiran perniagaan, terlibat dalam siasatan di Filipina yang membongkar kegiatan penipuan di Wirecard.

Reuters tidak dapat segera menghubungi Shanmugaratnam, seorang rakyat Singapura berusia 54 tahun, untuk memberikan komen.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita